Senin, 27 September 2010

HUKUM WANITA BEKERJA (FIQH KONTEMPORER)

Hukum Wanita Bekerja (Keputusan Majlis Fiqh Dunia)



Oleh : Zaharuddin Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/



Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.



Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT yaitu :-



للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن



"Bagi lelaki bagian yang ia usahakan dan bagi wanita bagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 )



Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa : ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده



"Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan dari hasil tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)



Pesan Sejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi



Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya saja. Cuma sebagian wanita islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekali berdasarkan keperluan.



Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawat lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.



Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah kemah khusus di masjid Nabi untuk tujuan merawat pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'.



Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.



Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi mencari-carinya dan diberitahu setelahnya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.



Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas al-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.



Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :



1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (yaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti : a. Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan. b. Membantu kepada kedua orang tua yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya. c. Membantu bisnis suami yang memerlukan banyak tenaga dan biaya. d. Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya (spesialis).



2) Semestinya pekerjaan ini sesuai dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fisiknya.



3) Pada saat keluar untuk bekerja harus dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.



4) Kondisi ruang kerjanya tidak berdua-duaan(khalwat) dan bercampur baur dengan lelaki (ikhtilat tanpa batas/sering bersinggungan langsung).



Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan ikhtilat dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :



وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ



"Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).



Musa berkata: ""Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?"" Kedua wanita itu menjawab: ""Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al-Qasas : 24 )



5) Mendapat izin wali atau suami.



6) Dengan bekerjanya sang Istri, tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)



7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah untuk kesenangan / hobby maupun keinginan untuk mengumpulkan harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.



8) Harus berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kekurangan dalam pendidikan anak-anak.



9) Digalakkan/niatkan kerjanya dilakukan dalam tempoh waktu tertentu saja dan bukan selama-lamanya. Sepatutnya berhenti segera setelah suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualitasi yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.



Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.



Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :



1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri



Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, sama dengan untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak mempunyai kuasa atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.



2. Nafkah perkahwinan



Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajiban memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).



3. Isteri keluar bekerja



* Tanggungjawab utama/asal bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.

* Kewajiban suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajiban suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.





4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga



* Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berusaha / bekerja membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

* Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' sehubungan dengan kaidah tolong-menolong dalam rumahtangga, dan bertolak ansur di antara suami isteri.

* Diharuskan untuk bermusyawarah serta membuat perjanjian di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

* Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)



5. Kerja Sebagai Syarat



* Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkawinannya bahwa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami ridha dengan syarat itu, ia menjadi keharusan baginya untuk membenarkan (setelah kawin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

* Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, yaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

* Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami atas sebab pemberian ijinnya kepada istri untuk bekerja maka dia (istri) harus membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebagian daripada pendapatannya kepada suami.

* Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.



6. Kesepakatan dalam pemilikan harta isteri



Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.



7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan



* Sebuah perkawinan itu mempunyai beberapa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Segala tindakan yang melampaui/melewati batasan adalah haram pada kacamata syara'.

* Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjaynya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.

* Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), yaitu jika ia berterusan dengan kerjanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.



Tamat terjemahan



Kesimpulan Penulis

* Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.

* Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.

* Walaupun wanita dibenarkan bekerja, itu tidak berarti suami boleh duduk santai menjaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualitas diri sehingga dapat menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.

* Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri terus menerus bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah-mewahan dan mudah membeli barang-barang (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.

* Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kesuksesan seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),



Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar